Syarikat network marketing dikenali oleh beberapa istilah yang maksudnya lebih kurang sama iaitu syarikat direct selling, syarikat Multi-Level, affiiate marketing, tiered Marketing, referral marketing dan sebagainya.
Model network marketing mirip dengan sistem francais (tetapi ianya bukan francais). Dalam sistem francais, pemegang franchise di beri hak untuk memasarkan produk franchisor dan menggunakan nama franchisor. Pada masa yang sama, franchisor akan membantu pemegang francais dari segi sistem pemasaran, latihan & bimbingan dan sokongan. Konsep network marketing menggunakan cara yang sama seperti francais. Setiap ahli dianggap sebagai rakan kongsi dan apabila kita menceburi industry MLM, kita sebenarnya telah memulakan perniagaan kita sendiri.
Syarikat Multi Level atau MLM merupakan syarikat yang memasarkan produk mereka menerusi rangkaian ahli. Beza utama syarikat MLM dengan syarikat pemasaran single level adalah ahli syarikat MLM dibenarkan menaja ahli lain dan membina rangkaian ahli di bawah mereka. Dalam syarikat single level marketing pula, hanya syarikat dibenarkan menaja atau mengupah jurujual. Dari segi komisen atau bonus, ahli syarikat MLM di bayar berdasarkan penjualan peribadi mereka dan penjualan dalam rangkaian mereka. Cara perkiraan bonus dipanggil marketing plan. Setiap syarikat MLM di Malaysia mesti mendapat lesen jualan langsung sealiran dengan akta jualan langsung 1993 yang bertujuan untuk mengawalselia aktivitiaktiviti jualan langsung.
Tarikan utama konsep MLM adalah hak ahli untuk menaja ahli lain dan membina rangkaian dan mengembangkan perniagaan mereka. Dengan rangkaian yang luas, ianya pasti membawa pulangan yang jauh lebih baik jika di bandingkan berkerja secara berseorangan. Yang paling menyeronokkan, sekiranya kita latih leader-leader kita dengan baik maka mereka akan duplikasikan keputusan kita dan rangkaian akan terus kembang tanpa banyak usaha. Ahli-ahli di bawah rangkaian kita bukan saja mendapat bimbingan daripada leader tetapi pihak syarikat juga akan melatih ahli-ahli dalam rangkaian kita. Justeru apabila perniagaan kita mengembang, kita mempunyai pendapatan dan masa yang banyak.
Tips bermula dengan betul
Ikut sistem upline. Jangan pakai sistem sendiri kerana ini adalah business duplikasi.
Mula dengan warm market dahulu iaitu orang yang kami kenali. Senaraikan ahli keluarga dan rakan-rakan yang dekat dengan kita. Kumpulan ini lebih mudah untuk kita menaja kerana mereka mengenali anda dan percaya anda.
Cari mereka dalam senarai anda yang ada pengalaman MLM atau minat mendapat pendapatan tambahan
Jangan berhenti dari menaja atau terus mengembangkan rangkaian
Latih mereka yang aktif supaya berdikari
Sekiranya anda boleh berbuat demikian, rangkaian anda akan terus berkembang dan pulangannya adalah berlipat kali ganda.
This entry was posted on Friday, July 16th, 2010 at 5:41 pm and is filed under Uncategorized. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Both comments and pings are currently closed.

