Tips Memilih Syarikat MLM July 16th, 2010

admin

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih syarikat MLM yang berjaya:

Pilih syarikat yang berlesen

Di Malaysia, setiap syarikat MLM perlu ada lesen jualan langsung mengikut akta jualan langsung 1993. Sekiranya pihak syarikat memberi alasan bahawa pendaftaran lesen dalam proses, maka anda dinasihatkan supaya jangan masuk. Syarikat tersebut telah melanggar undang-undang kerana menjalankan aktiviti penajaan tanpa lesen. Syarikat MLM yang betul-betul long term tak akan mula sehingga berjaya dapat lesen AJL.

Syarikat Baru vs Syarikat Lama?

Kekuatan syarikat lama adalah ianya telah terbukti berjaya dan sudah established. Jadi, kita tidak risau syarikat ada masalah. Akan tetapi peluang untuk berkembang pesat dalam masa yang singkat telah terlepas kerana leader-leader besar biasanya kurang minat syarikat lama. Mereka mempunyai impian besar dan ingin menjadi orang terawal (pioneer). Kekuatan utama syarikat baru adalah anda boleh menjadi ahli yang terawal dan sekiranya anda dan syarikat berjaya, pendapatan anda tinggi. Akan tetapi, masalahnya banyak syarikat MLM gagal. Jadi apabila kita memilih syarikat baru, kita kena tanggung risiko.

Jadi sama ada nak pilih syarikat baru atau syarikat lama terpulang kepada matlamat anda dan personaliti anda. Sekiranya anda minat pendapatan yang stabil walaupun lambat pilih MLM yang dah stabil dan berjaya. Sekiranya anda nak cepat, pilihlah yang baru.

 Perniagaan dan Produk Syarikat MLM

MLM adalah sejenis perniagaan. Maka, faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan konvensional sama juga akan mempengaruhi syarikat MLM. Anda perlu kaji tawaran produk, harga dan marketing plan. Adakah syarikat tersebut mempunyai daya saing yang kuat. Sekiranya tidak, sudah pasti perniagaan tersebut akan lingkup dalam masa terdekat.

Latarbalakang Syarikat

Anda perlu kenali juga pengurusan syarikat MLM. Adakah pihak pengurusan berpengalaman dalam industri MLM? Mengurus syarikat MLM bukannya senang. Banyak syarikat MLM gagal kerana pihak pengurusan kurang berpengalaman. Pada masa yang sama, anda juga perlu kaji adalah pengurusan sesuatu syarikat MLM terdiri daripada mereka yang minat money game. Sekiranya ya, besar kemungkinan syarikat yang akan ceburi pun berkonsepkan permainan wang dan jangkahayatnya tidak berpanjangan.

Tips Kaji Marketing Plan

  1. Adakah seorang yang baru masuk dan dengan usaha yang sederhana, dapat menjana pendapatan yang munasabah. Sekiranya tidak, ramai ahli akan hilang motivasi apabila tak nampak duit.
  2. Adakah marketing plan syarikat mempunyai faktor motivasi yang tinggi?
  3. Adakah marketing plan syarikat overpay? Sekiranya overpay syarikat pasti akan tukar plan dalam masa depan menyebabkan ramai ahli hilang minat.
  4. Apakah modal yang diperlukan? Sekiranya modal diperlukan terlalu tinggi, ramai tidak akan masuk. Sebaliknya sekiranya modal yang diperlukan rendah, komisen anda pun sedikit dan tidak setimpal dengan usaha anda.

Teknologi Internet

Adakah syarikat MLM menggunakan teknologi internet dan membenarkan pengedar atau ahli menaja, menjual dan melakukan perniagaan tersebut secara online. Internet semakin penting dalam perniagaan lebih-lebih lagi perniagaan MLM. Teknologi internet membolehkan anda menaja orang yang tinggal jauh atau luar negara. Harga petrol semakin naik, maka kurang praktikal untuk melakukan semua penajaan dan jualan secara bersemuka.

This entry was posted on Friday, July 16th, 2010 at 6:13 pm and is filed under MLM. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.