Secara ringkasnya, konsep affiliate marketing adalah menggunakan orang tengah untuk mempromosi produk orang lain. Dalam konteks pemasaran internet, contoh affiliate marketing adalah apabila seseorang memiliki laman web atau blog dan ia menggunakan laman web atau blog tersebut untuk memasarkan produk atau perkhidmatan orang lain. Apabila pengunjung laman web mereka melakukan pembelian, maka dia akan mendapat komisen daripada pembelian tersebut.
Potensi pendapatan affiliate marketing besar kerana komisennya tinggi (boleh sampai 80% daripada harga produk) khasnya kalau kita memasarkan produk digital.
Potensi untung daripada affiliate marketing banyak bergantung kepada trafik iaitu bilangan pengunjung yang lawat laman web atau blog anda. Lebih ramai pengunjung, maka kemungkinan untuk seorang pengunjung membeli adalah lebih tinggi. Ianya juga bergantung kepada kualiti pengunjung. Di sini kualiti bermaksud adakah pengunjung laman web anda minat produk yang anda promosikan melalui affiliate marketing? Sekiranya tema atau topik laman web anda mempunyai kaitan dengan produk yang anda jual, maka lebih tinggilah kemungkinan berlakunya pembelian.
Ini dilakukan dengan memaparkan gambar produk yang kita nak promote dan keterangan tentang produk dalam blog atau laman web kita. Sekiranya seseorang pelawat laman web kita klik produk, terdapat link ke laman web penjual produk tersebut. Sekiranya pelawat tersebut membeli produk penjual maka kita dapat komisen. Pembelian oleh pelawat dapat dikesan kerana penerbit menggunakan link yang mempunyai kod yang hanya digunakan oleh mereka (dipanggil cookies).Selain daripada pembelian, ganjaran atau komisen juga boleh berdasarkan pay-per-click iaitu setiap kali pelawat klik link ke laman web penjual, anda akan dapat komisen atau apabila pelawat isi maklumat peribadi seperti nama dan email di laman web penjual (pay-per-lead).
Affiliate marketing dapat membantu pemilik produk atau penerbit yang ada produk yang bagus tetapi tidak tahu cara memasarkan produk tersebut untuk dapatkan jualan. Ianya juga bantu pemilik laman web atau blog yang tidak ada produk mencari keuntungan dengan bantu jual produk orang lain. Cara untuk berjaya dalam affiliate marketing adalah dengan menarik trafik ke laman web anda. Ini dapat dilakukan sekiranya anda ada banyak artikel yang menarik.
This entry was posted on Saturday, July 17th, 2010 at 12:00 am and is filed under Internet. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Both comments and pings are currently closed.

